Glosari Bahan

Patisserie : pastri perancis ataupun kedai pastri.

Pastri rapuh ( short crust pastry ) : dibuat menggunakan doh yang dihasilkan sedikit kenyal supaya mudah dicanai. Doh ini sesuai digunakan untuk membuat paf, pai kecil dan tat kecil. Pastri jenis ini boleh dibakar dan digoreng.

Pastri manis / pastri rapuh kaya ( sweet pastry ) : dibuat menggunakan pastri rapuh yang ditambah gula dan kuning telur. Doh pastri ini lebih lembut dan sesuai untuk membuat tat, flan dan pai besar. Warna pastri ini lebih perang jika dibandingkan dengan pastri rapuh disebabkan proses karamel ( pemanasan gula ) semasa pastri dibakar. Masa membakarnya juga lebih singkat.

Meringue : campuran putih telur dan gula yang dipukul sehingga kental dan berkilat.

Bakar kosong ( Baked blind) : pastri yang dicanai dimasukkan kedalam acuan, dilapis dengan kerajang timah dan diletakkan pemberat (kekacang). Kemudian, dibakar tanpa inti atau isi untuk membuat flan dan tartlet.

Savouri (savoury) : makanan yang berperisa rempah atau pedas

Tepung berprotein rendah (low protein flour/soft flour) : tepung yang mengandungi kadar protein rendah

Tepung serba guna (all purpose flour) : campuran daripada tepung berprotein tinggi dan rendah yang mengandungi gluten yang rendah.

Quiche : masakan yang menggunakan doh pai yang mengandungi lebih lemakdan berinti savouri. Dibakar dan dihidang sebagai pembuka selera, snek atau hidangan utama.

Menggris (greasing) : menyapu permukaan tin kek atau tin pastri dengan lelemak.

Glis aprikot (apricot glaze) : Jem aprikot yang didihkan bersama-sama sedikit gula dan air, kemudian ditapis. digunakan untuk mengilatkan bahagian atas permukaan pastri, kek dan biskut.

Moka (Mocha) : kopi yang berperisa kuat sebagai bahan perasa kopi, atau campuran coklat dan kopi yang digunakan dalam aiskrim, kek, krim dan pai.

Slit : belahan memanjang tetapi tidak putus

Profiteroles : Paf berkrim yang kecil, diletakkan inti manis/savouri dan dihidangkan sebagai desert/ pembuka selera. Profiteroles yang bersaiz lebih kecil (pea size) digunakan untuk menghias sup.

Cucur ( Beignet/fritters) : cucur yang dibuat daripada adunan pastri choux.

Churros :