Konfeksi












contoh konfeksi

Konfeksi adalah set barangan makanan yang kaya dengan gula. Penggunaan moden mungkin termasuk bahan-bahan yang kaya dengan pemanis tiruan.

 Secara umumnya konfeksi yang agak rendah dalam mikronutrien tetapi kaya dengan kalori.
Barangan konfeksi termasuk gula-gula, lollipop,bar gula-gula, coklat,gula-gula flos, dan lain-lain barangan manis makanan ringan. Kek, biskut atau puding bukan dikategorikan sebagai konfeksi.

Beberapa kategori dan jenis-jenis konfeksi adalah seperti berikut :

  1. Gula-gula keras. Gula yang dimasak ke satu peringkat dan ditambahkan pewarna dan perisa. contohnya : lollipop,kopiko, gula hacks, dan gula-gula lidah hantu.
  2. Fonden / fondant . bahan ini disediakan dengan mencampurkan sirap glukosa, gula aising juga boleh ditambah dengan gelatin supaya mendapatkan satu struktur gula seperti tanah liat yang mudah dibentuk dan dileperkan. kebiasaannya fonden digunakan untuk melapisi keseluruhan permukaan kek. Sering digunakan untuk membalut kek perkahwinan dan pertunangan oleh masyarakat Malaysia.
  3. Toffee.
  4. Fudge. campuran susu dan gula. kebiasaannya dibuat coklat fudge, iaitu gabungan susu dan coklat.
  5. Karamel.
  6. Coklat.
  7. Marshmallow
  8. Marzipan
  9. Nougat
  10. Dodol
  11. Pastri
  12. Gula-gula kunyah / chewing gum
  13. Ais krim
  14. Halwa